Secret Whisper











{January 16, 2007}   Takut tu

Minggu depan menurut manager aku, adalah minggu penilaian aku. Waahhh.. mintak2 confirm la hendaknya. Mana la tau dia tak berkenan, naya gak kalau tak confirm.

Hmmm… ape yang menarik? Tak ade ape sangat. Rutin harian aku sama je – Bangun tidor, pergi kerja, balik kerja, tengok TV, tido. Hari sabtu dengan ahad nak bersantai dengan keluarga. Jarang jugak keluar. Dulu pantang hari minggu, ade gak plan. Sekarang ni. Adoiii… Ntah lah.

Malas pun satu hal. Ikut kata kawan aku, mungkin sebab single lagi kut – tu yang cam bosan jek tu. Huah Huah Huahhh. Aku kekadang tu terfikir gak. Kenapa yang aku ni solo lagi – pemalu ke aku? garang ke aku? bosan ke aku? Tapi sesuatu yang pasti, mungkin sebab aku bukan jenis orang yang mudah didekati. Aku tak mudah percaya dekat orang.. Tu la mungkin antara sebab aku masih menyinglekan diri. Heheh.

Jangan lupe ek… sape2 yang tengok Blast Off3, undi2 la Tricky Tongue! Sian tau group sepupu aku ni. Bagus tapi selalu kurang undi :( Undi ehhh? Hehe.



{December 7, 2006}   Lamanya Tak Post kat Sini…

Wahh, berabad lamanya aku tak post kat blog Secret Whisper ni :P Sorry ek, sibuk sikit mencari kerja + puasa + raya masa tu, hehe. Alhamdulillah dah dapat kerja gak akhirnya *sujud syukur* :P

Wat masa ni OK lah kot. Kalau tak OK pun, kena buat OK jugak sebab aku ni buah cempedak kat luar pagar. Kena longgar2kan urat saraf dan set kan kat otak yang – “it’s OK kalau susah atau kena marah” ;) Tapi sepanjang aku kerja ni, belum pernah lagi, hihi.

Projek part aku dah siap. Sekarang tengah boring2 gak. Tapi project leader aku suruh aku belajar2 flash dengan action script. Best gak bila belajar benda2 baru ni. Tapi ambik masa la gak untuk aku yang buah cempedak ni. Harap, semuanya akan OK :D

Dan oh ye, sape2 yang free dan baik hati, sila2 lah check-out kumpulan TrickyTongue dalam Blast Off 3 ;P Kalau boleh, vote lah sekali yek :)

TrickyTongue



{August 4, 2006}   Kelakar la…

Memang kelakar bila difikirkan balik. Bila tak ada tawaran langsung dari mana2 company, memang tak ada langsung. Tapi bila dapat satu tawaran, 2-3 lagi pulak yang masuk. Tapi Alhamdulillah. Syukur padaNya. Kalau Dia nak bagi rezeki, memang tak ke mana :)

Hari ni aku ada interview kat Tricubes, dan hari Isnin pula, aku da 2 interview – di Multimedia Synergy dengan Epic-I. Aku cuma doa, Tuhan tunjuk dan gerakkanlah mana yang lebih baik. Aku terima je mana2 yang dapat nanti. Sebab baru interview je kan? Belum tentu dapat ke tidak lagi :)

Dapat interview tu pun dah kira baik. Dapat kumpul pengalaman jugak ;) Takut jugak nak kerja ni kalau diikutkan. Berdasarkan pengalaman kawan2, esp yang ambil sama jurusan dengan aku ni… memang ikutkan TAKUUUT. Haha. Tapi bila difikirkan, mana ada benda senang!

Perang di Lubnan semakin menjadi2. Sedih kan? Kenapa sampai begitu kejam sekali Israel? Marilah kita umat manusia yang ada perkemanusiaan, berdoa semua ni akan berakhir. Moga Tuhan akan membantu mereka yang teraniaya, dan menghukum mereka yang zalim!



{August 1, 2006}   Nak kerjaaa…

huwaaa… kenapa tak dapat kerja lagi. Kalau siapa2 yang nak pakai orang, sila lah bagitau aku ek, boleh aku apply. Dah berpuluh2 tempat aku apply, tapi tak dapat jugak. BOSAN.

Hari Ahad hari tu aku konvo. Seronok sangat. Syukur tak terhingga akhirnya aku dah ada ijazah. Tapi tu lah dia, kerja tak dapat lagi.



{July 19, 2006}   Balik Kampung!

Yey! Hari Jumaat ni aku akan balik Muar jap. Nak jenguk rumah dan ada hal penting nak diuruskan kat sana. Walaupun balik hari. Tapi aku tetap gembira. Lama tak jenguk rumah kat sana tu. Sejak aku dengan atuk dan nenek aku pindah KL, rumah tu ditinggalkan aje. Kadang2 tu, sebenarnya kami memang ada rasa nak balik duduk Muar je. Tapi sebab kerjaya aku dan perubatan nenek aku, terpaksa kami korbankan saja niat tu :(

Sekarang ni kami tak ada transport, jadi kami terpaksa minta tolong pakcik aku untuk bawak kami balik sekejap. InsyaAllah, bila aku dah bekerja dan punyai transport sendiri, kami akan sering balik ke Muar… bandar tempat aku dibesarkan. Rindu keadaan di sana. Walaupun tak semoden, secanggih dan se-alive KL, tapi tempat tu menyimpan seribu satu kenangan buat aku… apatah lagi nenek aku.

Walaupun aku lahir di KL, dan kini telah duduk di KL, aku tak pernah anggap aku anak KL. Aku bangga menjadi anak jati Muar, Johor. Kerana di sana lah tempat aku mengenal dunia dan membesar. Dari usiaku 10 hari hingga aku berumur 15 tahun, disitulah tempat aku.

Sebut2 pasal kereta semua… Hmmm… Bila lah aku ni nak dapat kerja ya…?



et cetera